DHAKA: Pasukan keselamatan Bangladesh menahan pada Rabu (1 Feb) empat anggota kumpulan militan Islam berkaitan serangan ke atas sebuah kafe di Dhaka tahun lalu, yang mengorbankan 22 orang, kebanyakan mereka warga asing.
Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mendakwa melakukan serangan pada Julai di kawasan diplomatik Dhaka itu, yang merupakan serangan militan paling teruk di Bangladesh.






