PORT DICKSON (Negri Sembilan): Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan dua lembu yang dicuri tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki terbabas di tepi jalan di Telok Kemang, di sini, semalam.
Sumber berkata, dalam kejadian antara jam 5 hingga 6 pagi, penjenayah terbabit mencuri haiwan itu di kampung berdekatan dengan menyumbatnya dalam kereta jenis Perodua Bezza.





