Jika ada angin keras tanpa sengaja tertampan di rambutmu mengusutkan sisir rapinya usah menyangka itu suatu kenakalan yang tak pernah kau relakan usah marahmu kepadanya bernyala-nyala kerana sepertimu ia tak terlepas disuntik jarum keresahan di tengah-tengah sungai suasana yang keruh ingin mengadu terusiknya kalbu kepada sesiapa yang rela menjadi pendengar yang setia hulurkan salam mesra agar siangnya tak tenat kerana...






