PETALING JAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat imej beberapa orang bergambar di sebelah bangkai seekor harimau, yang tersebar luas di media sosial.
"Kami memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan siasatan dijalankan untuk memeriksa keaslian imej itu," kata Ketua Pengarah, Encik Abdul Kadir Abu Hashim.





