TIGA syarikat telekomunikasi memohon pada Khamis (1 Sep) untuk menyertai lelong gelombang udara 4G, kali pertama dalam 15 tahun syarikat baru menyatakan minat memasuki pasaran mudah alih Singapura.
Mereka ialah pengendali jalur lebar gentian tempatan MyRepublic, syarikat telekomunikasi Australia TPG Telecom, dan syarikat berusia lapan hari, airYotta, yang diterajui bekas eksekutif OMGTel, yang secara mengejut menarik diri.





