JAKARTA: Polis Indonesia menangkap seorang remaja selepas dia cuba menyerang sebuah gereja di Medan, ibu kota Sumatera Utara, dengan bom buatan sendiri.
Remaja berusia 17 tahun itu duduk dalam kalangan jemaah di Gereja Katolik St Yoseph pada pagi Ahad (28 Ogos). Dia membawa sebuah bag ransel (backpack) kecil yang dipercayai mengandungi bahan letupan kecil, kata jurucakap polis wilayah Sumatera Utara,...





