TAPAH (Perak): Mayat seorang warga Singapura yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Sungai Tesong di Perak telah dijumpai.
Encik Koh Kah Wei, 30 tahun, sedang berkayak dengan sekumpulan rakan dari Singapura di Sungai Tesong di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, pada Sabtu (29 Okt) apabila kayak beliau terkena sekeping kayu hanyut dan terbalik, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat.





