SINGAPURA tidak harus dilihat "memanipulasi pelbagai pihak" mengenai sesuatu isu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (29 Sep), apabila beliau menggariskan pendirian dasar luar berprinsip yang sentiasa diambil Republik ini.
Pendekatan dasar luar Singapura ialah berkawan dengan semua negara yang ingin berbaik-baik dengan Singapura, katanya kepada pemberita pada akhir lawatan rasmi empat hari ke Jepun.





