QUETTA (Pakistan): Sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan 117 cedera dalam serangan semalaman oleh militan di sebuah akademi polis di barat daya Pakistan, kata para pegawai pada Selasa (25 Okt), selepas mengisytiharkan satu operasi serangan balas tentera telah selesai.
Serangan ke atas Maktab Polis Balochistan itu, yang terletak 20 kilometer ke timur ibu kota wilayah Quetta, bermula pada kira-kira 11.10 malam...





