WARGA Singapura berpeluang meraikan kemenangan Joseph Schooling di Rio 2016 dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya hari ini apabila beliau diarak dengan bas tidak berbumbung serata kota hari ini.
Perarakan yang dijadual bermula sekitar 9.30 pagi itu akan membuat tiga perhentian - di pasar Blok 50A di Marine Terrace (10 - 10.45 pagi); di Singtel Comcentre Plaza (11.30 pagi - 12.15...






