MASA depan pemain pingpong lelaki nombor dua Singapura, Li Hu, tidak menentu sekarang, setelah beliau digantung oleh Persatuan Pingpong Singapura (STTA).
Akhbar The Straits Times melaporkan ia difahamkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu juga sedang membantu satu siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), walaupun dipercayai siasatan tersebut bukan punca beliau digantung.






