KURANG sehari selepas kemenangan pingat emas Olimpiknya, Joseph Schooling memberi penduduk Ulu Pandan ilham untuk menggalak nilai-nilai Olimpik dalam kalangan mereka dan memupuk semangat kemanusiaan.
Lebih 2,000 tetamu - terdiri daripada pemimpin akar umbi, pemimpin masyarakat dan penduduk Ulu Pandan - menghidupkan semula kemenangan 50.39 saat Schooling dalam acara 100m kuak kupu-kupu apabila mereka menonton sekali lagi tayanan perlumbaan itu...





