KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengingatkan supaya pengundi Sarawak membuat pilihan bijak apabila turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), pada 7 Mei ini.
Menurutnya, masa depan negeri itu bergantung kepada pilihan yang bakal dibuat pengundi Sarawak pada hari berkenaan.






