BALESTIER Khalsa menjaringkan tiga gol untuk mengalahkan New Radiant dari Maldives 3-0 dalam perlawanan Kumpulan F Piala AFC di Jalan Besar pada Selasa (26 Apr) malam.
Ia menebus kekecewaan mereka kerana hanya mampu seri 2-2 dalam pertemuan pertama Februari lalu.





