SEORANG lelaki dihukum penjara pada Rabu (3 Ogos) kerana berkomplot untuk menipu kedai pajak gadai dengan menggadai barang kemas campuran emas palsu dan betul, dan menipu $17,420 daripada kedai-kedai pajak itu.
Saje Husiadi, 56, dipenjara 10 bulan bagi tiga tuduhan berpakat dengan Mohamad Nur Fadly Rosli, 34 tahun, untuk menipu Ban Joo Pawnshop, Shing Heng (East) dan Loong Shing Pawnshop...






