DEPOK (Jawa Barat): Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, mahu meningkatkan belanjawan pertahanan negara itu, terutamanya dalam pemerolehan sistem persenjataan.
"Belanjawan pertahanan kita sering ditetapkan di bawah paras satu peratus Hasil Dalam Negeri (GDP). Belanjawan untuk pertahanan kita pernah sekali mencecah lebih satu peratus tetapi ia kemudian dikurangkan. Kita akan melakukan yang terbaik...





