KUALA LUMPUR: Desakan terlalu agresif pelbagai pihak bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak berikutan kemerosotan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa boleh mengundang padah kepada sukan No. 1 negara itu.
Bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Ibrahim Saad berkata, 'keghairahan' untuk mengubah struktur pucuk pimpinan tertinggi FAM akan memberikan impak lebih buruk meskipun matlamat asalnya mahu memberi nafas baharu...





