Penganjur pesta dagangan berpengalaman dalam pasaran Melayu terkesan dengan pembatalan saat-saat akhir acara Trifecta Fest di Singapore Expo, antara 12 hingga 14 Julai, dan merasakan perkara ini boleh dielakkan dengan perancangan awal lagi teliti.
Ketika dihubungi Berita Harian (BH), mereka berkata pesta dagangan berskala besar dengan penyertaan ratusan peniaga yang menyewa reruai memerlukan persiapan berbulan lamanya kerana ia meliputi perancangan...





