BUTLER (Pennsylvania): Mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, ditembak di telinga kanan semasa satu perhimpunan kempen pilihan raya Amerika, mencetuskan panik dalam kalangan hadirin.
Encik Trump, yang mengalami pendarahan pada bahagian muka dan telinga selepas serangan itu, dilihat kemudian menunjukkan buku limanya kepada para penyokong di tempat kejadian selepas insiden itu, dan berteriak kepada hadirin dengan kata-kata yang seolah-olah...





