KUCHING (Sarawak): Pihak berkuasa Malaysia telah menghantar tujuh warden penjara menjalani program nyahradikal selepas mereka dipengaruhi tahanan terlibat dalam kumpulan militan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis (28 Jul).
Perkembangan itu mendorong Kementerian Dalam Negeri mula mengasingkan tahanan yang ditahan bagi kegiatan militan daripada banduan biasa, untuk membendung penyebaran fahaman pengganasan dalam sistem penjara, beliau dipetik sebagai...






