PUTRAJAYA: Persidangan ASEANAPOL ke-36 yang berakhir semalam melakar sejarah tersendiri apabila 10 negara anggota menandatangani Protokol Penyelarasan dan Komunikasi ASEANAPOL untuk Pengurusan Krisis (ACCPCM) selepas melakukan perbincangan selama 10 tahun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata protokol berkenaan mula dibincangkan pada tahun 2006 ketika persidangan yang sama dianjurkan di negara ini, yang turut membabitkan Polis Antarabangsa (INTERPOL).






