LELAKI yang didakwa membunuh seorang jurutera di Gardens by the Bay East di Marina Bay lebih dua minggu lalu membuat penampilan keduanya di mahkamah pada Khamis (28 Julai).
Leslie Khoo Kwee Hock, 48 tahun, didakwa menyebabkan kematian Cik Cui Yajie, warga China berusia 31 tahun, antara 8 pagi dan 10.11 pagi pada 12 Julai.






