MENTERI Sekitaran dan Sumber Air yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bersama dengan lebih 500 sukarelawan Palang Merah Singapura serta Palang Merah Belia Singapura menyertai usaha memecah rekod menjalankan demonstrasi memberi pertolongan cemas secara serentak terbesar.
Rekod sebelum ini ialah 226 orang telah menyertai demonstrasi serupa. Acara itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Pertolongan Cemas...






