KUALA LUMPUR: Menyandang watak utama dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Dukun Doktor Dani, penyanyi Taufik Batisah bersedia untuk menerima kritikan berkenaan dengan lakonan pertamanya di layar perak.
"Penglibatan saya dalam bidang hiburan sudah menjangkau 12 tahun. Sudah semestinya saya bersedia untuk menerima segala kritikan mengenai apa yang saya lakukan.






