KOTA KINABALU (Sabah): Sembilan penceroboh warga Filipina, yang terlibat dalam serangan Lahad Datu di Kg. Tanduo dan disabitkan kerana khianat, terlepas daripada hukuman mati tetapi dihukum penjara seumur hidup.
Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak saudara kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013.






