KOTA KINABALU (Sabah): Seramai 13 daripada 14 tertuduh yang diarah membela diri dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, hari ini didapati bersalah dan disabitkan kesalahan dalam setiap pertuduhan terhadap mereka.
Mereka terdiri 12 warga Filipina dan seorang penduduk tempatan yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).






