PETALING JAYA (Selangor): Pelakon Adlin Aman Ramlie tidak menolak dirinya menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu.
Adlin, 44 tahun, yang tampil dalam sidang media yang diadakan pada semalam (Ahad) turut menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.






