SEREMBAN (Negri Sembilan): Sebanyak 44 kereta bernilai lebih RM1 juta ($336,810) musnah dalam satu kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Ribu, Kuala Sawah di sini semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Encik Norazam Khamis berkata, pihaknya mengesyaki kejadian yang melibatkan pelbagai jenis kereta antaranya jenama Proton, Perodua dan Ford itu disebabkan perbuatan khianat.





