SEORANG pramugara yang menumbuk pipi seorang pemandu van syarikat dua kali dalam satu kes keberangan jalan raya dipenjara satu bulan pada Rabu (6 April).
Abdul Hadi Abdul Harris, 26 tahun, mengaku bersalah mencederakan Encik Iskandar Mohamed Noor, 42 tahun, menyebabkan beliau mengalami lebam kecil dan rasa nyeri di kepala dan kawasan tulang pipi, di perhentian bas bertentangan Politeknik Ngee Ann...






