POLIS telah menangkap seorang lelaki berkaitan kematian seorang wanita berusia 28 tahun di sebuah flat di Blok 70, Circuit Road, bulan lalu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (6 April), polis berkata suspek berumur 47 tahun itu ditangkap oleh polis Malaysia di Malaysia pada Isnin lalu, dan diserahkan kepada polis Singapura pada petang Selasa.





