JURUTERA pertahanan terkemuka Singapura kini bekerja di bawah satu bumbung - Kompleks Bersepadu Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), yang dibuka secara rasmi pada Selasa (29 Mac).
Terdiri daripada sebuah bangunan 12 tingkat baru dan struktur 25 tingkat sedia ada, ia akan menempatkan 3,000 jurutera yang sebelum ini tersebar di tiga lokasi - Depot Road, Bukit Merah dan Taman Sains.





