JAWATANKUASA yang bertanggungjawab melakar konsep pusat peringatan perintis Singapura telah mengenalpasti dua tapak sesuai - Taman Fort Canning dan bahagian timur taman bunga Gardens by the Bay.
Jawatankuasa Peringatan Perintis, yang dipimpin pengerusi Esplanade, Encik Lee Tzu Yang, dalam sidang akhbar pagi ini mengumumkan hasil pencarian mereka selepas empat bulan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai perkara itu.





