KARACHI (Pakistan): Sekumpulan pengganas telah menyerang salah satu lapangan terbangan terbesar Pakistan semalam dan sehingga Subuh tadi, sekurang-kurangnya 23 orang terkorban dalam satu serangan terburuk militan sejak beberapa tahun lalu.
Belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi itu - yang didiami 18 juta orang.






