SHAH ALAM (Selangor): Pelakon veteran era tahun 1960-an, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, 82 tahun, menafikan kehidupannya kini melarat.
Jelas pelakon ini yang terkenal melalui filem Mat Bond, apa yang viral di laman sosial baru-baru ini juga tidak menggambarkan kehidupan terkininya.





