SEBAHAGIAN besar karyawan dalam bidang pemasaran merentasi negara-negara Asia Pasifik dijangka mencari peluang pekerjaan baru pada tahun baru mendatang.
Karyawan tempatan berkata, sebab utama mereka menginginkan peranan baru adalah kerana mahu menikmati gaji dan faedah lebih baik (32 peratus), diikuti dengan keinginan menikmati peningkatan kerjaya (23 peratus) dan waktu kerja yang lebih pendek (20 peratus).






