KUALA LUMPUR: Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Difahamkan juga Datuk Zaid akan berjumpa dengan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang ini tetapi tujuan pertemuan itu tidak diketahui.






