JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat, dikenakan hukuman denda RM4,000 ($1,145) atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 8 Julai, atas kesalahan mengambil dadah pada 2019.
Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47 tahun, menjalani tempoh pengawasan di bawah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK)...





