LONDON: Penyokong kuat Brexit, Encik Nigel Farage, akhirnya memenangi kerusi di Parlimen Britain dalam percubaan kelapan dan berikrar mahu menjadi “pengacau” seperti yang dilakukannya kepada pemimpin Kesatuan Eropah (EU) sebagai Anggota Parlimen Eropah.
Pemilihan bekas peniaga komoditi berusia 60 tahun itu oleh bandar Clacton-on-Sea adalah kemuncak kerjaya politik yang dibina daripada kebenciannya terhadap projek EU untuk kesatuan yang lebih erat...





