Ambulans kecemasan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bakal berupaya menghantar pesakit ke hospital dengan lebih pantas dengan adanya satu sistem baru keutamaan syarat trafik.
Sistem Keutamaan Trafik (TPS) akan dilaksanakan secara progresif mulai 15 Julai, melibatkan penghantaran ke Hospital Besar Ng Teng Fong.





