UNDANG-UNDANG keselamatan Singapura mencukupi untuk menahan pelampau sebelum mereka boleh melakukan sembarang tindakan ganas, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, sambil menambah pemerintah tetap terus memikirkan peri perlu langkah pencegahan tambahan.
Bercakap kepada pemberita pada Isnin (25 Jan) di luar sebuah persidangan di Kuala Lumpur mengenai memulihkan pengganas, beliau berkata aspek "berkaitan proses" langkah-langkah keselamatan sedang dikaji.





