SYDNEY: Rokok elektrik atau vape di Australia kini boleh dibeli hanya di farmasi, sebagai sebahagian daripada tindakan keras pertama dunia yang berkuat kuasa pada 1 Julai dan merangkumi larangan ke atas kebanyakan perisa.
Sebagai sebahagian daripada undang-undang baru yang dialu-alukan secara meluas oleh pakar kesihatan, vape hanya boleh dijual dalam warna dan pembungkusan biasa dan tidak boleh diiklankan atau dihasilkan...





