Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat 2.1 peratus pada suku kedua 2024, pada kadar lebih pantas berbanding pertumbuhan 1.8 peratus pada suku sebelumnya.
Ini merupakan kenaikan harga selama 17 suku berturut-turut, menurut anggaran awal yang dikeluarkan HDB pada 1 Julai.





