Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang berkuat kuasa 1 Julai.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Julai, Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata, Encik Zhulkarnain menggantikan AP Bukit Batok, Encik Murali Pillai, yang telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Negara...





