KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia yang bertindak sebagai 'pengebom nekad' telah meletupkan diri mereka sekaligus membunuh lebih 30 orang semasa melaksanakan misi mereka di Syria dan Iraq minggu lalu, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.
Akhbar itu menyatakan, ia mendapat tahu bahawa seorang warga Malaysia kelahiran Terengganu, Mohd Amirul Ahmad Rahim, telah meletupkan bom yang dipasang di badannya...






