JALURAN GAZA: Pertempuran sengit dan pengeboman berat melanda daerah Shejaia di Bandar Gaza bagi hari keempat pada 30 Jun – beberapa bulan selepas tentera Israel mengisytiharkan struktur Hamas telah dimusnahkan di kawasan utara itu.
Puluhan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan kejiranan yang musnah akibat apa yang tentera Israel katakan sebagai operasi memerangi Hamas dan Jihad Islam di darat...





