Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, akan melawat Maghribi dari 24 hingga 29 Jun.
Beliau, yang ditemani Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, dan beberapa pegawai lain, dijadual bertemu beberapa pegawai rasmi Maghribi, termasuk Encik Andre Azoulay, Penasihat Kanan Raja...





