Satu pelan tindakan untuk melindungi dan memulihkan habitat pantai daripada kesan tumpahan minyak bagi jangka masa enam bulan mendatang dan seterusnya, sedang dibangunkan antara agensi pemerintah dengan masyarakat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Pengetahuan, kepakaran serta pengalaman pelbagai kumpulan masyarakat dan alam semula jadi akan dimanfaatkan, tambah Encik Lee sambil membincangkan tentang kesan insiden tumpahan minyak ke atas...





