Bayaran tambahan, atau surcaj, lokasi bagi perkhidmatan teksi dari Lapangan Terbang Changi dan tarikan Mandai Wildlife Reserve, yang diperkenal sebagai langkah sementara pada 2022, akan menjadi surcaj tetap mulai 1 Julai.
Ini bermakna penumpang yang menaiki teksi dari Lapangan Terbang Changi, Pusat Pengangkutan Lapangan Terbang Changi, Balai Polis Lapangan Terbang dan Taman Logistik Lapangan Terbang Singapura akan terus membayar surcaj...





