DAGESTAN (Russia): Beberapa lelaki bersenjata telah menyerang gereja, rumah ibadat Yahudi dan pondok polis di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara Russia, membunuh sekurang-kurangnya 15 pegawai polis dan beberapa orang awam serta seorang paderi ortodoks, kata pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya 12 orang turut cedera dalam serangan itu yang berlaku di bandar Derbent dan Makhachkala pada 23 Jun, semasa perayaan Pentakosta untuk Gereja Ortodoks...





