Pekerja migran kini boleh mendapat akses kepada kursus dalam talian secara eksklusif dan tiket wayang berdiskaun di Kelab Rekreasi Pusat Pekerja Migran (MWC) berikutan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MOU).
MWC menandatangani MOU dengan Grow Education Ltd untuk menganjurkan kursus eksklusif bagi ahlinya di wadah pembelajaran dalam talian mereka, Grow Studio dalam satu majlis bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja Migran NTUC...





